Apakah maksud PENAPIS?
Penyelamat Angkatan Pelapis Islam.
Apakah matlamat blog ini?
Menyelamatkan umat Islam daripada APA YANG SALAH dan APA YANG MELEMAHKAN AGAMA DAN UMAT ISLAM daripada beberapa orang tokoh dalam dan luar negara.
Apakah objektif blog ini?
MENYARING pegangan para tokoh itu dan mengeluarkan apa yang salah dan apa yang melemahkan daripada mereka. Seterusnya menyampaikannya kepada saudara-saudara seagama dengan kita.
Mengapa hanya yang salah dan yang melemahkan sahaja yang dipaparkan? Bagaimana dengan yang benar dan yang menguatkan?
Sudah terlalu banyak laman-laman lain yang saban hari tanpa jemu menyebarkan apa yang benar dan yang menguatkan daripada mereka di seluruh dunia ini. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui hal itu, dengan mudah boleh mencari laman-laman berkenaan. Tapi laman saringan seperti blog ini sangat sukar untuk didapati. Jangan-jangan tidak wujud pun laman sebegini.
Dari sudut yang lain, kita juga mahu menjimatkan masa, ruang dan tenaga untuk dakwah blog ini. Perkara-perkara yang tidak perlu disaring daripada tokoh-tokoh ini, buat apa kita hendak saring. Kan berlambak di internet? Jadi, carilah sendiri. Tugas kami hanyalah memaparkan perkara-perkara yang perlu disaring sahaja, untuk menyelamatkan agama dan ummah.
Bolehkah menyebarkan kesalahan, kelemahan, penyelewengan dan sebagainya daripada mereka? Bukankah perlu ditutup?
Sangat dituntut untuk disebarkan, kerana mereka menjadi ikutan ramai orang. Sebarang kesalahan dan kelemahan yang mereka sebarkan, boleh memberikan kemudaratan kepada agama dan umat Islam. Yang tidak boleh disebarkan ialah kesalahan dan kelemahan mereka yang tidak bersangkutan dengan orang lain sahaja. Sekiranya mereka sekadar orang awam yang tidak menjadi tempat rujukan ramai orang, tidak perlulah laman sebegini diwujudkan.
No comments:
Post a Comment